BN Mampu Beroleh Kemenangan Di DUN Sedili, Johor Lama – Muszaidi

KOTA TINGGI, 7 Mac – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili, Muszaidi Makmor meluahkan keyakinan dengan sokongan pengundi di bawah Parlimen Kota Tinggi dalam memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, ini kerana kedua-dua DUN termasuk Johor Lama merupakan kerusi milik BN secara tradisinya termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) yang lalu.

“Dua DUN ini adalah kepunyaan UMNO dan BN sememangnya ia memberikan kerusi kepada kerajaan negeri Johor dan pilihan raya lepas calon daripada UMNO.

“Ini adalah kubu kuat dan saya yakin dengan pengundi bahawa mereka percaya dengan kepimpinan UMNO dan memilih calon daripada UMNO/BN pada hari pengundi pada 12 Mac ini,” katanya.

Sementara itu, Muszaidi yang Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi berkata perjalanan kempen beliau juga pada tahap yang terbaik malah sering mendapat penerimaan yang terbaik daripada pengundi yang ditemui.

“Alhamdulillah saya sering melakukan walkabout yang terbaharu pergi ke kawasan Sungai Ara feedbacknya amat memuaskan dan mereka yakin dengan calon yang diketengahkan.

“Semua rakyat menerimanya saya telah menyatakan dalam perjumpaan selepas kita dapat manifesto mereka yakin ianya adalah untuk rakyat dan nampak UMNO/ BN sahaja yang boleh memimpin kerajaan negeri Johor,” katanya.

Untuk rekod, Muszaidi menghadapi pertembungan empat penjuru termasuk calon daripada Pejuang Tariq Ismail Mustafa, Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas (Perikatan Nasional) dan Mat Khairi Samsudin daripada Pakatan Harapan.

Penyandang DUN Sedili sebelum ini, Rasman Ithnain bertanding atas tiket UMNO, bagaimana bertindak menyertai Bersatu beberapa hari selepas PRU ke-14 bersama ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan Endau, Alwiyah Talib. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.