Beri Sokongan Pada BN, ‘Poster Boy’ Boleh Berikan Kestabilan Johor – Azhari Shaari
PONTIAN, 1 Mac – Barisan Nasional (BN) mengemukakan Datuk Hasni Mohammad sebagai ‘poster boy’ sekali gus bakal dilantik Menteri Besar Johor sekiranya BN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari.
Ini kerana Johor mempunyai rekod pencapaian BN yang cukup baik dan cemerlang semenjak mentadbir negeri ini.
“Saya yakin dengan ‘poster boy’ akan memberi impak yang cukup besar kepada kemenangan BN di Johor dan melihat rakyat Johor sememangnya dahagakan kestabilan. Ianya satu petanda aras yang cukup baik, mempunyai ‘track record’ sangat baik dan beliau juga disukai rakyat Johor.
“Poster boy ini berkeperibadian tinggi, bersifat tenang, berkebolehan, berani membuat keputusan, ini juga antara salah satu faktor kepada kemenangan BN di negeri Johor nanti,” katanya kepada UMNO Online, di sini.
Tambah Azhari, Johor adalah salah satu negeri yang banyak sejarahnya sama ada dari UMNO/BN, ekonomi, rakyat majmuk dan juga sebagai negeri contoh pada semua negeri-negeri lain.
“Sejak pertukaran kerajaan dari BN ke kerajaan yang lain ekonomi Johor semakin merudum… itu adalah realiti dan fakta.
“Negeri Johor ekonominya adalah tertinggi dalam negara tetapi apabila PH memerintah, ekonomi Johor turun menjunam ke nombor lapan seluruh Malaysia. Ekonomi ini akan terus turun sekiranya tidak ada perubahan dari pucuk pimpinan kerajaan negeri.
Seterus kata beliau lagi mengharapkan agar pengundi di Johor ini dapat berikan mandat kepada BN untuk mentadbir negeri ini.
“Saya yakin dan percaya pada PRN Johor ini mandat baharu rakyat akan dikembalikan semula kepada BN… Insya-Allah.
“Kepada pengundi-pengundi di luar sana khususnya anak-anak muda yang pertama kali mengundi, keluar mengundi, yakini bahawa demi kestabilan golongan muda hanya BN yang terbukti dan kesinambungan ini harus diteruskan sehingga generasi yang akan datang,” ujarnya. – UMNO Online
Oleh: Amin Adnan