Belia Mahukan Pemimpin Berkredibiliti, Bawa Kestabilan Demi Masa Depan

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Golongan muda meluahkan harapan agar Johor terus ditadbir oleh kepimpinan yang berkredibiliti untuk membawa negeri ini ke arah pembangunan sekaligus untuk kestabilan yang dapat dirasai oleh rakyat.

Perkara ini mendapat perhatian daripada mahasiswa, Muhammad Hafizuddin Mohd Faisal, 23 yang berpandangan negeri ini perlu ditadbir oleh pemimpin yang realistik dan berpengalaman dalam memanfaatkan kelebihan yang ada pada Johor.

“Saya sebagai anak muda di negeri Johor ini mahukan pemimpin berwawasan, kredibiliti, tidak ada kemahuan untuk lompat parti, jadi kita akan pilih pemimpin yang ada semangat perjuangan untuk mengenengahkan aspirasi rakyat.

“Negeri ini mempunyai kedudukan strategik dari aspek ekonomi jadi apabila negeri berada dalam keadaan stabil saya yakin pelabur luar dari Indonesia, Singapura akan datang ke sini,” katanya ketika ditemui UMNO Online, baru-baru ini.

Malah penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu juga turut berharap bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, pengundi muda menggunakan peluang yang ada untuk mengubah lanskap politik negeri ini.

“Kepada rakan mahasiswa atau belia saya menyarankan kepada anda semua untuk melihat kepada fakta apa yang Pakatan Harapan buat selama 22 bulan, janji manis yang ditawarkan kepada kita.

“Ini peluang untuk kita dapatkan kerajaan yang stabil untuk pastikan negeri ini tidak lagi ditipu oleh pemimpin PH yang hanya mementingkan populariti daripada memperjuangkan isu rakyat khususnya golongan belia di negeri ini,” katanya.

Sementara itu pendapat sama dilontarkan oleh Siti Shazwani Fadli, 23, yang berpandangan golongan muda sudah boleh menilai parti yang berwibawa untuk mendapat mandat rakyat menerajui negeri ini.

Katanya, pentadbiran PH suatu ketika dahulu sudah memberi pengajaran yang berguna untuk pengundi untuk tidak memperjudi masa depan negeri dan rakyat khususnya golongan muda.

“Pada pandangan saya semuanya bergantung kepada masing-masing punya pendapat kerana setiap orang ada pandangan yang berbeza tapi semua orang nampak apa yang berlaku, selepas Pilihan Raya Umum… negeri ini tidak seperti dahulu lagi.

“Merekakan (PH) pembangkang lebih selesa dalam keadaan macam itu jadi pada pandangan mereka apa yang dilakukan oleh BN walaupun perkara yang baik tapi sebagai pembangkang tetap akan cari salah.

“Kita sendiri nampak yang ada sekarang jadi pada saya tengok mana yang penting iaitu masa depan kita tengok mana yang terbaik jangan terlalu fikirkan hal lain… jangan ikut kawan kerana pandangan kita berbeza,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.