Merasmikan AWS Cloud And AI Day 2026

KUALA LUMPUR 4 Nov–Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani merasmikan AWS Cloud and AI Day 2026 dan melancarkan inisiatif Semarak AI Malaysia di Pusat Konvensyen di sini hari ini. Melalui tiga terasnya, AI Negara, AI Ekonomi dan AI Rakyat, inisiatif ini membantu penjawat awam, usahawan dan rakyat Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam kerja dan pembelajaran mereka.

