Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Negeri Melaka

AYER KEROH 26 November — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Negeri bagi Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri. Setiap keputusan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat EXCO wajib diberikan perhatian serius dan disusuli dengan tindakan segera oleh semua agensi serta jabatan yang berkaitan.

