Majlis SIRIM Industri 2026

KUALA LUMPUR 26 November — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menghadiri Majlis SIRIM Industri 2026 bagi meraikan pencapaian syarikat dan organisasi yang komited dalam meningkatkan piawaian, kualiti serta daya saing industri Malaysia. Selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), keutamaan kita adalah untuk memperkukuh keupayaan syarikat tempatan, mempercepat penerimagunaan teknologi, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi serta memastikan nilai ekonomi yang lebih besar dapat dikekalkan dalam negara.

