Meraikan Dengan Jamuan Makan Malam

KUALA LUMPUR 26 November — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan menghoskan makan malam bagi Tuan Yang Terutama Prak Sokhonn, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, serta Tuan Yang Terutama Sihasak Phuangketkeow, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Thailand yang berada di Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka kini berada di Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Ketiga Suruhanjaya Pendamaian di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982 antara Kemboja dan Thailand.

