Kunjungan Hormat Fasilitator Kerajaan Malaysia Bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand

KUALA LUMPUR 3 Nov–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (Bersara), Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, yang dilantik pada 16 Oktober lalu.
Usaha menjayakan proses damai ini amat penting bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya di sempadan utara Malaysia, terus terpelihara.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO