Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor

KOTA TINGGI 1 Nov–Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pertahanan semasa hadir menghadiri Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor di Kampung Padang bersama ADUN Sedili Muszaide Makmor serta pimpinan masyarakat dan penduduk setempat.
Program ini bukan sekadar meraikan kemenangan Barisan Nasional, tetapi turut mengangkat nilai muafakat, kasih sayang dan jati diri Melayu yang mesti terus dipelihara.
Turut diluluskan peruntukan RM40,000 bagi pembinaan menara surau dan RM15,000 untuk pondok menunggu sekolah.

