Majlis Perjumpaan Jentera BN Jasin bersama YAB Menteri Besar Johor

JASIN, 30 Okt — Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan perjumpaan bersama calon-calon BN Parlimen Jasin serta jentera BN bahagian itu di Dewan MPJ Alamanda, malam ini. Turut hadir, Pengerusi BN Jasin yang juga calon DUN Merlimau, Datuk Dr. Akmal Saleh serta kepimpinan BN Negeri Johor. Foto – MediaUMNO

