Pertemuan Dua Hala

REPUBLIK FILIPINA 29 Oktober — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dua hala bersama TYT Kang Shin-Chul, Menteri Pertahanan Nasional Republik Korea, di sela-sela ADMM dan ADMM-Plus di Cebu, Filipina.
Ini merupakan pertemuan pertama sejak beliau dilantik pada September lalu.
Membincangkan potensi kerjasama pembangunan industri pertahanan serta bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau.
Semoga kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Republik Korea terus diperkukuh demi kepentingan bersama.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO