Terima Kunjungan Hormat

KUALA LUMPUR 28 Oktober — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan TYT Shri Kanubhai Desai, Menteri Kewangan, Pembangunan Bandar dan Perumahan Bandar Kerajaan Gujarat, India, bersama delegasi beliau. Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan India, khususnya Gujarat.

