Perbincangan Dua Hala Bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Thailand

BANGKOK 28 Oktober — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan mengadakan perbincangan dua hala bersama TYT Sihasak Phuangketkeow, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Thailand dan bertukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama serta usaha memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand.

