Mesyuarat Persediaan Bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK),

KUALA LUMPUR 28 Oktober — Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mempengerusikan mesyuarat persediaan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, serta barisan pengurusan tertinggi kementerian dan agensi. Mesyuarat ini menjadi ruang penting untuk meneliti setiap perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen sepanjang sesi perbahasan, di samping menyelaras fakta, memperhalusi maklum balas dan memantapkan input strategik bagi memastikan setiap isu dapat diberikan penjelasan yang tepat dan menyeluruh.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO