Mesyuarat Majlis TVET Negara

DURIAN TUNGGAL 27 Oktober — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaksanakan Mesyuarat Majlis TVET Negara di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), salah satu daripada enam universiti teknikal utama dalam rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN).Majlis TVET Negara terus menjadi antara platform utama yang menggerakkan dan menyelaras hala tuju TVET nasional supaya segala usaha pembangunan kemahiran benar-benar bergerak seiring dengan keperluan industri dan masa hadapan negara.

