Majlis Perasmian 50 Tahun Muzium Pahang ‘Menelusuri Warisan, Membina Peradaban’

KUANTAN 22 Okt–Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas perkenan berangkat ke Majlis Perasmian 50 Tahun Muzium Pahang ‘Menelusuri Warisan, Membina Peradaban’ di Muzium Seni Kontemporari (MOCA+), Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

