Majlis Maulidur Rasul Di Surau Imam Haji Taat

REMBAU 18 Okt–Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Luar semasa hadir pada Majlis Maulidur Rasul di Surau Imam Haji Taat, Kampung Tanjong Rantau di sini hari ini.
Majlis tambah bermakna dengan kehadiran Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyampaikan ceramah mengenai akhlak dan keperibadian mulia Rasulullah SAW.

