Menyampaikan Ucapan Khas Pada World Vocational and Technical Education Development Conference (WVTEDC) 2026

TIANJIN 16 Okt– Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menyampaikan Ucapan Khas pada World Vocational and Technical Education Development Conference (WVTEDC) 2026 yang sedang berlangsung di sini hari ini.
Peluang untuk berkongsi pentas antarabangsa ini merupakan satu penghormatan buat Malaysia, sekali gus memberi ruang kepada kita untuk mengetengahkan kemajuan dan hala tuju TVET negara di hadapan para pemimpin serta delegasi dari serata dunia.

