Lawatan Kerja Ke Republik Rakyat China

BEJING 12 Okt–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Beijing bagi memulakan lawatan kerja selama lima hari di Republik Rakyat China, bermula 12 hingga 16 Oktober 2026 yang turut merangkumi beberapa program rasmi di Tianjin.
Ketibaan disambut oleh Mr. Liu Yong, Timbalan Ketua Pengarah Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Pendidikan China dan Mr. Li Qi, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Asia dan Afrika, bersama Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, TYT Dato’ Norman Muhamad serta pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia.

