Tuaian Pertama Halia “KayTi” Hasil Kerjasama Boustead Plantations Berhad

KOTA TINGGI 11 Okt–Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pertahanan menyaksikan tuaian pertama halia “KayTi” hasil kerjasama Boustead Plantations Berhad (BPlant) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) di sini hari ini.
Projek rintis ini melibatkan 15 veteran ATM, masing-masing mengusahakan satu plot tanaman halia secara fertigasi dengan sekitar 7,500 polibeg, serta mendapat sokongan teknikal dan pemantauan berterusan daripada BPlant.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO