Perkenan Menerima Menghadap Menteri Luar

KUALA LUMPUR 9 Okt–Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas limpah perkenan menerima menghadap Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Istana Bukit Tunku di sini hari ini.
Dalam sesi menghadap ini, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan taklimat mengenai Lawatan Negara TYT Abdel Fattah Al-Sisi, Presiden Republik Arab Mesir, dan Seri Paduka Baginda Raja Abdullah II ibn Al Hussein, Raja Kerajaan Hasyimiyah Jordan ke Malaysia.

