Merasmikan Alumni Back to Campus (ABTC) Peringkat Kebangsaan 2026

KUALA LUMPUR 10 Okt–Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semasa hadir merasmikan Alumni Back to Campus (ABTC) Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Malaya, yang buat julung kalinya menghimpunkan alumni seluruh 20 Universiti Awam dalam satu gerakan bersama.
Dengan kekuatan sekitar 3.5 juta alumni, kita mempunyai jaringan pengalaman, kepakaran dan bakat yang amat besar. Saya mahu kekuatan ini diterjemahkan kepada manfaat yang nyata untuk mahasiswa, melalui pementoran, biasiswa, bantuan kebajikan, peluang latihan industri dan pekerjaan serta kerjasama penyelidikan.

