Terima Kunjungan Hormat

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi


JOHOR BAHRU 7 Oktober — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima kunjungan Yang Terhormat Bapak Sigit Suryantoro Widiyanto, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Johor Bahru bagi membincangkan keadaan jerebu rentas sempadan yang ketika ini turut memberi kesan kepada Johor, khususnya terhadap kesihatan rakyat dan kualiti udara di beberapa kawasan.
