Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang

BENTONG 7 Oktober — Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan secara simbolik Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Kampung Lebu, Bentong Fasa 1 kepada tiga orang wakil pembeli di Majlis Perbandaran Bentong. Projek ini melibatkan 40 unit rumah dan telah siap serta memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 30 Jun lalu. Mudah-mudahan rumah yang diterima ini menjadi kediaman yang selesa dan permulaan kepada kehidupan yang lebih baik buat para pemilik serta keluarga masing-masing.

