Program Ziarah Kasih Bekas Ahli Dewan Negeri Pahang

KUALA LUMPUR, 05 OKTOBER 2026 : YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin menyantuni bekas Ahli Dewan Negeri Pahang, YB Tuan Chow Yu Hui, Tuan Chiong Yoke Kong serta YH Dato’ Wan Adnan Wan Mamat sempena Program Ziarah Kasih di sekitar Kuala Lumpur, hari ini.
Program Ziarah Kasih Bekas Ahli Dewan Negeri yang diterajui Pejabat Speaker Dewan Negeri itu menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap sumbangan mereka disamping menjadi platform bertukar pandangan dan mengimbau kenangan ketika berkhidmat sebagai wakil rakyat. -PAHANGMEDIA

