Ingatkan Sentiasa Berhati-hati Di Jalan Raya

MASJID TANAH, 6 Oktober — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sempat berhenti untuk membantu seorang mangsa kemalangan motosikal di kawasan perindustrian Tanjung Minyak ketika perjalanan pulang ke Masjid Tanah petang semalam. Mangsa tidak mengalami kecederaan parah. Namun, kejadian ini mengingatkan kita semua agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.

