Ziarah Kasih UMNO Bahagian Pekan

PEKAN 5 Oktober — Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Rahimi Abdul Samad berkesempatan singgah menziarahi Sdr Zulkefli bin Samsudin di Kg Batu Sawar Paloh Hinai yang telah terlantar sejak beberapa tahun lalu.Moga pihak berkenaan dapat membantu beliau untuk keperluan jangka panjang. Dalam kesempatan yang sama, turut berjumpa dengan anak yatim, Adik Salman Sharkawi bin Arjuna, yang memerlukan bantuan bagi meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).Semoga sedikit perhatian dan sokongan yang diberikan dapat menjadi penguat semangat buat mereka sekeluarga.

