Menjawab Soalan Di Parlimen


KUALA LUMPUR 5 Oktober — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau , Datuk Seri Mohamad Haji Hasan ketika menjawab soalan daripada YB Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Ahli Parlimen Pekan, berhubung langkah Kerajaan memperkukuh sistem pendaftaran rakyat Malaysia yang melancong atau berada di luar negara.Langkah ini penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat dikenal pasti, dijejaki dan diberikan bantuan dengan segera sekiranya berlaku tragedi, bencana atau kecemasan.
