Majlis Penyampaian Hadiah Sustainable Wood DIY Contest 2026

PUTRAJAYA 5 Oktober — Ketua Wanita UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Sustainable Wood DIY Contest 2026 anjuran Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) di IOI City Mall, Putrajaya.Dengan tema “From Waste to Wonders”, para peserta membuktikan bahawa kelestarian bukan sekadar tentang mengurangkan pembaziran, tetapi juga tentang melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza.

