Menaiki Comprehensive Inspection Train (CIT) Dari Stesen KotaSAS Ke Terminal Bersepadu Gombak

KUANTAN 1 Okt–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri berpeluang menaiki Comprehensive Inspection Train (CIT) dari Stesen KotaSAS ke Terminal Bersepadu Gombak.
Perjalanan ini merupakan sebahagian daripada fasa pengujian ECRL bagi memastikan jajaran, sistem isyarat, bekalan elektrik serta komponen berkaitan berfungsi dengan baik sebelum perkhidmatan penumpang dimulakan.

