Pertemuan Dua Hala Bersama Menteri Pertahanan Negara Lubnan

BEIRUT 30 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Negara Lubnan, H.E. Major General Michel Menassa, di Kementerian Pertahanan Negara Lubnan hari ini.
Lubnan merupakan antara rakan terawal Malaysia di Asia Barat. Hubungan ini akan terus diperkukuh, termasuk selepas berakhirnya penugasan MALBATT di bawah UNIFIL.

