Menyantuni Pengunjung Kedai Anuar

MASJID TANAH 30 Sept–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyantuni pengunjung semasa singgah bersarapan di Kedai Anuar, Kampung Jeram di sini hari ini. Sembang santai, bersalaman dan bergambar bersama rakyat mungkin nampak kecil, tetapi inilah detik-detik yang membina hubungan besar antara pemimpin dengan rakyat.

