Menyampaikan Kenyataan Negara

NEW YORK 27 Sept–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan kenyataan negara pada Debat Umum Sesi Ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu #UNGA81 di sini hari ini.
Malaysia menegaskan bahawa dunia kini berdepan pelbagai cabaran konflik yang semakin meruncing, persaingan kuasa besar, ancaman senjata nuklear, perubahan teknologi serta kemerosotan keyakinan terhadap sistem pelbagai hala.

