Kunjungan Hormat Daripada Setiausaha Agung Komanwel

NEW YORK 23 Sept–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Agung Komanwel PYT Shirley Botchwey di sini hari ini.
PYT Shirley menjelaskan hala tuju Komanwel dalam menghadapi pelbagai cabaran global semasa, selain persediaan menjelang Persidangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Komanwel Ke-28 (CHOGM 2026) yang akan berlangsung di Antigua & Barbuda pada November ini.
