Jamuan Makan Malam di NasDem Tower

JAKARTA 20 September – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memenuhi jemputan Bapak Surya Paloh untuk menghadiri jamuan makan malam di NasDem Tower, Jakarta bersama barisan kepimpinan Partai NasDem dan delegasi dari Malaysia.
Banyak yang sempat dibicarakan mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia yang telah lama terjalin sebagai dua negara serumpun. Hubungan ini terus berkembang melalui persahabatan, hubungan sesama rakyat serta rasa saling menghormati yang menjadi asas dalam mengeratkan kedua-dua negara.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO