Menziarahi Keluarga Mangsa Tragedi Lemas

KOTA TINGGI 6 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi semasa menziarahi beberapa keluarga mangsa tragedi lemas di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi, bagi menyampaikan salam takziah serta bertemu sendiri dengan keluarga yang sedang melalui saat yang amat berat ini.
Dalam pertemuan tersebut beliau mendengar sendiri perkongsian daripada keluarga serta menyampaikan sedikit kata-kata semangat agar mereka terus kuat menghadapi dugaan yang berlaku.

