Melaka Teroka Potensi Kerjasama Bersama WEC

MELAKA, 3 Sept – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan Mr Bernhard Schutte dari TAPiO Management, World Economic Council (WEC) Ambassador to Malaysia bersama delegasi beliau di pejabatnya di Seri Negeri, di sini semalam.

Pertemuan tersebut menjadi ruang yang baik untuk bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada Melaka, khususnya dalam aspek pelaburan, ekonomi, teknologi serta jaringan antarabangsa.

“Pertemuan ini menjadi ruang yang baik untuk bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama yang mampu membuka lebih banyak peluang kepada Melaka, khususnya dalam aspek pelaburan, ekonomi, teknologi serta jaringan antarabangsa.”

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Saiful Hazwa Kipli; dan Datuk Ginie Lim Siew Lin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO