Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Pahang

KUANTAN 31 Ogos– Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan berangkat mencemar duli ke Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Padang MBK 4, Kemunting hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

