Perbincangan Dua Hala Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Komuniti Nasional di Luar Negara dan Hal Ehwal Afrika Republik Demokratik Rakyat Algeria

JEDDAH 27 Ogos–Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan dua hala bersama TYT Ahmed Attaf, Menteri Negara, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Komuniti Nasional di Luar Negara dan Hal Ehwal Afrika Republik Demokratik Rakyat Algeria di sini hari ini.
Perbincangan kami banyak bertumpu kepada komitmen bersama ke arah memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan serta perlancungan antara kedua-dua negara.

