Menziarahi Adik Nurina Batrisyia

PEKAN 27 Ogos–Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menziarahi adik Nurina Batrisyia binti Mohd Reduan, pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), di kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Selangor di sini hari ini.
Adik Nurina sedang mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UMPSA. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, dengan bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala ibunya seorang suri rumah.

