RCI TH Bukan Modal Politik, Biar Fakta Dan Audit Menjawab
Saya amat bersetuju dan ingin menegaskan bahawa isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) tidak seharusnya terus dijadikan modal politik atau bahan kempen untuk menyerang mana-mana pihak. Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik. Tabung Haji adalah amanah jutaan pendeposit Islam di negara ini.
Sebab itu, saya berpandangan bahawa isu ini mesti dibincangkan dengan fikiran yang lapang dan terbuka, berasaskan fakta, rekod kewangan, undang-undang dan proses audit yang sah… bukan melalui naratif politik yang sengaja dipermudah untuk mendapatkan keuntungan politik.
๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ – ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐จ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐จ ๐๐ก๐๐๐
Antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah dakwaan bahawa Tabung Haji berada dalam keadaan โinsolventโ pada tahun 2017.
Pembentangan itu menunjukkan terdapat perbezaan antara kedudukan aset bersih TH di peringkat entiti dengan kedudukan aset bersih di peringkat Kumpulan TH apabila menggunakan kaedah penilaian PwC.
Malah, pembentangan tersebut menegaskan bahawa insolvensi bukan semata-mata ditentukan berdasarkan angka untung atau rugi, tetapi berkait dengan keupayaan sesuatu entiti memenuhi obligasinya apabila hutang tersebut matang.
๐๐๐๐จ๐ – ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ญ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐ก
Pembentangan juga menyentuh perbezaan kaedah yang digunakan oleh JAN/TH dan PwC.
Satu menggunakan pendekatan ๐ฅ๐ฒ๐ฎ๐น๐ถ๐๐ฎ๐ฏ๐น๐ฒ ๐๐๐๐ฒ๐ ๐ฉ๐ฎ๐น๐๐ฒ (๐ฅ๐๐ฉ), manakala satu lagi menggunakan pendekatan ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐ฑ-๐๐ผ-๐ ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฒ๐. Kedua-duanya mempunyai asas masing-masing, tetapi boleh menghasilkan nilai aset bersih yang berbeza.
Sebab itu kita tidak boleh membandingkan dua angka yang terhasil daripada pendekatan berbeza seolah-olah kedua-duanya mengukur perkara yang sama.
๐๐๐ง๐๐๐ – ๐ญ๐ฌ๐ฒ ๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐๐๐๐๐ โ๐ง๐ข๐ซ๐๐โ
Pembentangan turut mempersoalkan naratif bahawa 106 ekuiti yang dipindahkan kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) semuanya merupakan aset bermasalah atau โtoxic assetsโ.
Hakikat yang dibentangkan ialah portfolio tersebut turut merangkumi syarikat-syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh dan merupakan syarikat besar yang diketahui umum.
Persoalan yang timbul adalah… Apakah nilai sebenar aset-aset tersebut ketika dipindahkan, apakah nilai wajarnya dan apakah kedudukan aset tersebut pada hari ini?
๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ง – ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐จ๐๐๐๐ก, ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐
Berhubung dakwaan kerugian kira-kira RM13 bilion daripada 14 pelaburan, saya berpandangan bahawa perkara ini terlalu besar untuk dijadikan bahan kempen semata-mata.
Pembentangan pagi tadi sendiri mencadangkan supaya satu forensic audit rasmi dijalankan bagi menentukan kesahihan data, angka dan punca sebenar kerugian tersebut sebelum kesimpulan dibuat.
Kalau benar berlaku kerugian, rakyat berhak tahu:
– Bila berlaku?
– Bagaimana berlaku?
– Siapa yang bertanggungjawab?
– Apakah keputusan pelaburan yang dibuat?
– Dan apakah langkah yang telah diambil untuk melindungi kepentingan pendeposit?
Itulah soalan yang lebih penting daripada siapa yang boleh mendapat keuntungan politik daripadanya.
๐๐๐๐๐ ๐ – ๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐ง๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐ก, ๐๐จ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐จ๐ฅ๐จ ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐
Saya amat terbuka untuk pihak Kerajaan meneruskan siasatan. Sebaliknya… saya juga menyokong penuh ketelusan, akauntabiliti dan siasatan yang menyeluruh.
Tetapi kalau benar kita mahu mencari kebenaran tentang Tabung Haji, maka jangan berhenti pada satu tempoh atau satu naratif sahaja.
Pembentangan pagi tadi mencadangkan supaya dibuat audit komprehensif TH bagi tempoh 2014 hingga 2026, selain audit forensik terhadap UJSB termasuk kedudukan aset, kewangan dan urusan sukuk.
Saya kira pendekatan ini lebih adil. Kita audit semuanya. Kita buka semua angka. Kita semak semua transaksi. Kita dengar semua pihak. Kemudian biarlah fakta menentukan siapa benar dan siapa salah.
๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฃ๐ข๐ฆ๐๐ง
Saya menyeru kepada Kerajaan supaya tidak lagi menggunakan isu RCI Tabung Haji sebagai modal politik atau bahan kempen untuk memburukkan mana-mana kerajaan terdahulu.
Kalau Kerajaan benar-benar yakin bahawa terdapat salah laku atau kerugian yang berpunca daripada mana-mana pihak, bentangkan bukti dan biarkan proses siasatan serta undang-undang menentukan tanggungjawab.
Jangan kita politikkan wang dan amanah jutaan pendeposit. Jangan kita jadikan Tabung Haji sebagai senjata politik setiap kali pilihan raya semakin hampir. Tabung Haji bukan milik BN. Tabung Haji bukan milik PH. Tabung Haji bukan milik PN. Tabung Haji adalah amanah umat Islam Malaysia.
Justeru, pendirian saya jelas:
– Siasat jika perlu @highlight
– Audit secara forensik dan menyeluruh.
– Dedahkan semua fakta kepada rakyat.
– Ambil tindakan jika terbukti berlaku kesalahan.
– Tetapi jangan politikkan Tabung Haji.
๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ก๐, ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐.

๐๐๐ง๐ขโ ๐ง๐ฃ๐ฟ ๐๐๐ ๐ฅ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐ ๐๐ก
๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐จ๐ ๐ก๐ข ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ด๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฝ๐ผ๐ป๐ด
