Gerak Kerja Diperkemas Demi Suara, Kepentingan Rakyat Paya Besar
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Gerak kerja UMNO Paya Besar terus diperkemas demi memastikan suara dan kepentingan rakyat di kawasan tersebut sentiasa diberi perhatian.
Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah memaklumkan beliau telah bertemu dengan Pengerusi-Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) pada Rabu.

“Alhamdulillah, malam semalam saya berkesempatan untuk bertemu dan berbincang bersama Pengerusi-Pengerusi PDM Parlimen Paya Besar.
“Pertemuan ini menjadi ruang untuk kita bertukar pandangan, mendengar perkembangan di setiap PDM dan membincangkan isu-isu setempat yang perlu diberikan perhatian,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar menegaskan bahawa gerak kerja di akar umbi amat penting terutamanya dalam memahami denyut nadi rakyat.

“Bagi saya, kekuatan gerak kerja di akar umbi sangat penting. Pengerusi-Pengerusi PDM merupakan antara individu yang paling dekat dengan masyarakat dan sentiasa memahami denyut nadi serta keperluan penduduk di kawasan masing-masing.
“Insya-Allah, dengan kerjasama dan semangat berpasukan, kita terus perkemaskan gerak kerja demi memastikan suara dan kepentingan masyarakat Paya Besar sentiasa diberi perhatian.
“Kita terus bekerja, mendengar dan berkhidmat untuk Paya Besar,” katanya lagi. – UMNO Online
