Kunjungan Hormat Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Thailand

PUTRAJAYA 21 Ogos–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Pol. Capt. Anan Boon-Samran, Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Thailand bersama delegasi di pejabat saya di Putrajaya pagi tadi.
Pertemuan ini menjadi ruang yang baik untuk kami bertukar pandangan dalam usaha memperkukuh hubungan yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Thailand serta meneroka lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.

