Penyerahan Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 5

JOHOR BAHRU 19 Ogos–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menghadiri Majlis Penyerahan Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 5 yang memberi manfaat kepada seramai 6,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM22.2 juta, merangkumi Bantuan Beli Rumah, Bantuan Masuk Rumah dan Bantuan Sewa Rumah.
Menerusi majlis ini, beliau turut mengumumkan pelaksanaan Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah, dengan setiap penerima menerima bantuan RM1,000 bagi deposit sewaan rumah. Inisiatif yang akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan ini bakal memanfaatkan 10,000 penerima dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM35 juta.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO