Prihatin Keperluan Usahawan Dan Peniaga Di Sabah

KOTA KINABALU 16 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Mohd Hasnol Ayub mewakili Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, telah mengadakan pertemuan bersama YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET). Pertemuan ini membincangkan isu, cabaran dan keperluan peniaga-peniaga di Negeri Sabah, termasuk usaha memperkukuh peluang perniagaan, sokongan kepada usahawan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO