Selawat, ‘Inilah Barisan Kita’ Iringi Perarakan Calon Gemencheh

TAMPIN, 18 Julai – Suasana penuh meriah dan semangat  mewarnai perarakan proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan Repah bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Alunan selawat, nyanyian ‘Inilah Barisan Kita’ dan laungan keramat parti menjadi penyuntik tekad kepada hampir seribu penyokong yang mengiringi calon-calon Barisan Nasional (BN) menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Tampin.

Perarakan tersebut berlangsung dalam keadaan tertib sebelum calon-calon tiba di pusat penamaan calon bagi melengkapkan proses pencalonan.

Calon BN DUN Gemencheh Suhaimizan Bizar tampil segak mengenakan baju Melayu berwarna biru manakala calon BN DUN Repah, Koh Kim Swee memakai kemeja putih.

Antara pemimpin yang hadir mengiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Bendahari UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii; Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan, manakala pengundian dijadual berlangsung 1 Ogos. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO