Pecutan Akhir PRN Johor … Tok Mat Maslan Terus Kempen, Undi BN

PONTIAN, 10 Julai – Menjelang saat-saat kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan terus giat berkempen bagi membantu kemenangan parti.

Di DUN Pulai Sebatang, beliau mengadakan ‘walkabout’ selain bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat setempat di sekitar bandar Pontian.

Kempen beliau tidak terhenti di situ sebaliknya terus ke Pekan Nenas dan juga DUN Kukup bersama jentera setempat.

Dalam temubualnya bersama UMNO-Online beliau mengajak pengundi luar yang menyokong BN untuk pulang bersama-sama menunaikan tanggungjawab  bersama masyarakat setempat yanb lain.

“Setiap undi amat penting dalam menentukan masa depan Johor dan berharap pengundi yang berada di luar negeri termasuk di Kuala Lumpur, Kuantan, Negeri Sembilan, Melaka serta Singapura dapat kembali mengundi calon-calon BN,” ujarnya.

Menurut beliau, kemenangan BN amat bergantung kepada komitmen semua penyokong untuk keluar mengundi dan memastikan Johor terus berada di landasan pembangunan yang telah dirancang.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan seluruh jentera BN supaya terus bekerja bersungguh-sungguh sehingga tamat tempoh pengundian pada jam 6 petang Sabtu tanpa berasa terlalu yakin atau selesa.

“Saya telah turun ke puluhan DUN dan melawat semua 26 Parlimen di Johor. Pesanan saya kepada seluruh jentera ialah terus bekerja sehingga saat terakhir. Selagi masih ada pengundi yang belum keluar mengundi di kawasan jagaan masing-masing, jangan berhenti berusaha.

“Jangan kita membuat langkah sebelum garisan penamat. Saat-saat akhir adalah tempoh yang paling kritikal dan memerlukan seluruh jentera kekal fokus serta berdisiplin,” katanya.- UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO