Sumbangan BN Bawa Perubahan Besar Kepada Komuniti Felda
PENAWAR, 6 Julai – Barisan Nasional (BN) terus memperkukuh pendekatan turun padang menerusi siri tinjauan di kawasan perumahan, Falda dan kampung bagi mendengar sendiri pandangan serta keperluan penduduk.
Menerusi tinjauan UMNO Online, wakil BN meluangkan masa bertemu penduduk bagi mendapatkan maklum balas berhubung pelbagai isu setempat termasuk kemudahan asas, kebajikan, pembangunan infrastruktur, peluang ekonomi dan keperluan golongan muda
Ketua Peneroka Felda Air Tawar Lima, Isa Maahad berkata, menzahirkan penghargaan terhadap pelbagai sumbangan yang telah disalurkan oleh BN kepada masyarakat, khususnya di kawasan Felda sepanjang tempoh pentadbiran sebelum ini.
Ujarnya, pelbagai inisiatif pembangunan yang dilaksanakan memberi manfaat besar kepada penduduk, terutama dalam aspek kemudahan awam, pendidikan dan kesejahteraan komuniti.
“Saya memang amat teruja dengan segala sumbangan yang telah diberikan oleh BN selama ini. Di kawasan kami sendiri, banyak pembangunan dan bantuan telah disalurkan kepada komuniti, khususnya dalam bidang akademik serta kemudahan awam yang begitu bermakna kepada penduduk.
“Segala sumbangan yang dibawa oleh Fauziah Misri amat kami hargai. Ia membuktikan beliau sentiasa mengambil berat terhadap keperluan rakyat dan sentiasa berusaha membantu masyarakat di kawasan ini.
“Saya berharap masyarakat, khususnya anak-anak muda, dapat bersama-sama memberikan sokongan kepada Fauziah Misri kerana beliau telah membuktikan keupayaan dan komitmennya dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya.
Bagi, Muhammad Rahman Ishak harap anak-anak muda tidak seharusnya berasa malu atau segan untuk tampil menyampaikan pandangan mengenai perkara yang diperlukan bagi memajukan diri, masyarakat dan negeri Johor.
“Anak-anak muda perlu berani ke hadapan. Jangan malu dan jangan segan untuk bersuara. Nyatakan apa yang kurang, apa yang diperlukan dan apakah hasrat kita untuk memajukan lagi bangsa Johor serta generasi muda di negeri ini.
“Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya kepada belia daripada keluarga berpendapatan rendah, supaya mereka mempunyai ruang untuk membina kehidupan yang lebih baik,” jelasnya lagi.
Tambah beliau lagi, terdapat lebih banyak inisiatif dapat diwujudkan bagi membantu usahawan muda mengembangkan perniagaan, sekali gus melahirkan lebih ramai pencipta pekerjaan dalam kalangan generasi muda.
Sementara itu, bagi Zaim Daim menjelaskan pengundi di Penawar wajar mengekalkan sokongan kepada BN bagi membolehkan segala agenda pembangunan yang telah dirancang diteruskan pada masa hadapan.
“Kesinambungan pentadbiran amat penting supaya manfaat yang dinikmati rakyat ketika ini dapat diteruskan dan diperkasakan. Antara inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat ialah Bantuan Kasih Johor (BKJ) serta pelbagai lagi program kebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri.
“Atas sebab itu kita perlu mengekalkan BN. Banyak perancangan telah disusun dan ia perlu diteruskan demi kepentingan masyarakat di Penawar khususnya serta rakyat Johor secara keseluruhannya,” jelasnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal pada 7 Julai dan hari mengundi pada 11 Julai.
Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11.59 malam 10 Julai (Jumaat). – UMNO Online
