Kemenangan BN Penting Demi Johor Terus Maju Dan Stabil – Dr Asyraf Wajdi

TEBRAU, 5 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru seluruh pengundi di Johor termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram agar memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang membawa kemajuan, kestabilan dan kesejahteraan kepada Johor.

Beliau berkata, kemenangan BN amat penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan demi manfaat seluruh rakyat.

“Insya-Allah, dengan rekod cemerlang Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang berjaya menarik pelaburan bernilai tinggi, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri, Johor akan terus melangkah maju.

“Kesinambungan kepimpinan yang stabil dan berpengalaman amat penting bagi memastikan agenda pembangunan ini dapat diteruskan demi manfaat seluruh rakyat,” katanya selepas bersama-sama dalam Himpunan Anak Tiram di Padang Kampung Cahaya Baru, Tiram, malam tadi.

Menurut beliau, sambutan luar biasa masyarakat tempatan pada program tersebut mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN dalam meneruskan pembangunan Johor.

Dr Asyraf Wajdi turut mengajak seluruh pengundi DUN Tiram untuk bersama-sama memastikan kemenangan calon Barisan Nasional N.42 Tiram, Datuk Abdul Halim Suleiman pada Pilihan Raya Negeri kali ini.

“Ayuh kita pastikan kemenangan Barisan Nasional demi Johor yang lebih maju, stabil dan sejahtera,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO