Mohd Asna Turun Padang Bersama Penduduk Menerusi Program Kemasyarakatan

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berbesar hati menyantuni masyarakat setempat menerusi Program Gotong-royong Bubur Lambuk di Surau Mus’abul Khair, Taman Ampangan, hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban menyifatkan program seumpama itu bukan sahaja mengimarahkan suasana masyarakat malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

“Alhamdulillah, pada penghulu segala hari ini, Jumaat. Telah berlangsung Program Gotong Royong Bubur Lambuk, di Surau Mus’abul Khair Taman Ampangan.

“Program ini bukan sahaja menghidupkan mengeratkan ukhuwah dan semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk setempat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu menerusi perkongsian sebelumnya beliau pada semalam turut sama berkesempatan hadir menyantuni penduduk serta menyempurnakan serahan bubur As-Syura di hadapan Surau Nurul Hidayah, Taman Panchor Jaya Fasa 1 & 2.

Katanya program berkenaan bukan sekadar pengagihan juadah tradisi, sebaliknya menjadi platform penting untuk  menghidupkan nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Program ini bukan sekadar mengagihkan juadah tradisi, malah menjadi medan mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat gotong-royong serta menghidupkan nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Semoga usaha murni seperti ini terus menyemarakkan semangat perpaduan dan mengukuhkan silaturahim antara penduduk,

“Terima kasih kepada semua jawatankuasa surau, sukarelawan dan penduduk yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO